Lebih 100 orang pelajar di madrasah, dan 33 orang dari pelajar tersebut merupakan pelajar yatim, asnaf serta kurang berkemampuan (yang diiktiraf oleh lembaga zakat).
Bajet makan sehari cuma dapat memperuntukkan sebanyak RM5 sahaja. Sedangkan mereka menetap dan tidur disini. Bayangkan hanya berapa banyak yang mereka dapat makan dalam sehari?
Ada juga hari mereka terpaksa berkongsi telur bersama pelajar-pelajar yang lain. Para guru juga turut terkena tempias ini, gaji bulanan mereka juga amatlah rendah dan bahkan ada bulan yang mana mereka tidak dapat menuntut gaji sama sekali.
Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang buat pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz disini. Mereka ini akan menjadi saksi terhadap amal sedekah tuan puan di akhirat kelak di hadapan Allah SWT.
Segala pertanyaan boleh terus hubungi kami di talian
018-325 1843
Ustaz Hafiz
Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum(KLANG)
No.2, Jalan Bukit Jati 3B, Taman Bukit Jati,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan